Bayangkan dunia yang lebih dipercayai iaitu anda mempunyai kawalan penuh ke atas identiti digital anda. Inilah masa hadapan yang sedang kami bina
Ini perlu diubah.
Komitmen kami kepada anda
Dunia dalam talian hari ini memerlukan kita berkongsi maklumat peribadi kita dengan tapak web, aplikasi dan perkhidmatan digital yang tidak terkira banyaknya. Semakin banyak kita terlibat, semakin tinggi kemungkinan kita untuk mengakses dan menerokai pengalaman dalam talian yang baharu. Tetapi untuk berbuat demikian, kami kerap berkongsi maklumat peribadi kami dengan sedikit kawalan terhadap cara atau tempat ia digunakan. Kami kekurangan rangka kerja kepercayaan digital untuk interaksi kita.
Avast percaya semua orang berhak untuk menggunakan Internet dengan keyakinan bahawa data mereka adalah selamat, peribadi dan berada di bawah kawalan mereka. Dibina menggunakan prinsip Privasi mengikut Reka Bentuk, perkhidmatan kepercayaan digital kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara yang tiada sesiapa, walau kami sekalipun, yang boleh melihat atau menggunakannya tanpa persetujuan anda. Dengan menyediakan alat untuk membantu orang ramai menyedari kebebasan digital mereka, kami memperkasa diri mereka untuk membuat keputusan sendiri tentang sesuatu yang mereka kongsi dalam talian dan dengan siapa mereka kongsikannya.
Prinsip kepercayaan digital Avast
Bayangkan pengalaman membeli-belah yang lebih laju dan selamat, iaitu anda akan membayar perkhidmatan menggunakan identiti anda sendiri yang dapat ditentusahkan dengan segera. Penyelesaian identiti digital mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan harian kami – menjadikan interaksi dalam talian kami lebih mudah, peribadi dan selamat.
Daripada membeli-belah hingga melancong, memohon akaun bank, membeli rumah, mengesahkan status pelajar atau pencen anda, dan banyak lagi. Bukan sahaja anda akan dapat membuktikan diri anda dengan segera, pada semua perkhidmatan – anda juga akan dapat mengesahkan dan mempercayai kesahan perkhidmatan tersebut.
Soalan Lazim kepercayaan digital Avast
Identiti digital anda ialah wakil digital bagi diri anda. Ia membolehkan anda membuktikan diri anda semasa interaksi dan transaksi, kedua-duanya secara dalam talian dan bersemuka. Ia boleh termasuk perkara seperti nama, tarikh lahir, e-mel dan alamat fizikal, sijil, kelayakan dan maklumat atribut anda yang lain.
Identiti tidak terpusat ialah sistem identiti yang memberi individu keupayaan untuk menyimpan, mengawal dan berkongsi data mereka, meletakkan mereka di tengah dunia digital mereka.
Privasi mengikut Reka Bentuk merupakan rangka kerja berdasarkan privasi yang terbenam secara proaktif dalam reka bentuk produk dan perkhidmatan baharu. Ia memberi pengguna ketelusan yang lebih baik apabila melibatkan data identiti peribadi mereka semasa melindungi privasi mereka.
Privasi merupakan nilai teras untuk Avast dan tanggungjawab yang kami ambil serius. Ketahui lebih lanjut tentang komitmen kami untuk melindunginya.
Setiap kali kita berinteraksi dalam talian, kita diminta untuk memberikan kelayakan yang mengesahkan diri kita. Sebaik sahaja dikongsi, maklumat peribadi kita berada di luar kawalan kita, diletakkan dalam sistem dan pangkalan data berpusat di seluruh dunia.
Avast membayangkan model tidak terpusat iaitu anda yang mengawal identiti anda, dan semua orang mampu menentukan perkara yang mereka kongsi dalam talian dan dengan siapa mereka kongsikannya.
Kelayakan ketara yang kita semua guna – lesen pemandu, pasport, sijil kelahiran, geran pemilikan kenderaan dan tiket penerbangan, contohnya – kini sedang dibayangkan semula sebagai fail digital. Kita boleh membawa kelayakan digital ini pada telefon pintar, mengindeks dan mencarinya, menyandarkannya dan membuat salinan sempurna mengikut permintaan.
Tetapi sementara rekod digital masih tiada apa-apa yang baharu, kelayakan hari ini hadir dengan "kuasa super kriptografik" tertentu yang menjadikan ia kalis ubah suai, selamat dan dapat ditentusahkan. Kelayakan digital yang dapat ditentusahkan merupakan kelayakan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dipercayai dan hanya untuk pemegangnya.
Identiti tidak terpusat membolehkan organisasi membina hubungan digital yang lebih pintar dan selamat dengan pelanggan mereka. Ini membolehkan keselamatan dan privasi yang lebih baik, pendaftaran KYC dan akaun yang diperkemas, log masuk tanpa kata laluan, pembayaran sekali ketik dan pengalaman pengguna yang lancar.
Teknologi ini tersedia kepada organisasi melalui pemerolehan Avast terhadap Evernym, peneraju dalam teknologi identiti tidak terpusat gred perusahaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maksudnya kepada organisasi anda, layari www.evernym.com atau hubungi kami di identity@avast.com.